Kalamullah

Kalamullah

Thursday, March 28, 2013

Ruh yg tersiksa



Sejak kebelakangan ni, hatiku sering dibayangi satu perasaan. Perasaan yg super misteri, x reti nak describe.

Seolah-olah perasaan sebelum menjawab peperiksaan.

Berdebar? Cuak? Nervous?

Hrm... lebih kurang mcm perasaan orang yg tengah buat salah pun ada.

Hati berdegup lain dari biasa. Tidak tenang.

Cuba buat apa pun, perasaan tu mesti datang semula, menghantui celah² masaku.

Teringat Ar-Rasul pernah bersabda, apabila datang seorang sahabat bertanya ttg kebaikan.
(au kama qal)

“Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara akan berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu"

Allah... apakah perasaan tidak selesa ini sumbernya kerana aku sedang berdosa?

Apa yg ingin Allah tunjukkan padaku kali ni?

Apakah perasaan ini, datangnya dari masa² yg terbazir, masa yg aku lalai?

Ataukah, perasaan ini datangnya dari hati yg kotor, amal² yang tidak ikhlas dan hanya mengharap ganjaran manusia?

Ataukah, perasaan ini datangnya dari riak, takabbur dan berbangga ?

ataukah, perasaan keluh kesah dan tidak senang ini datangnya dari keringnya air mata walaupun timbunan dosa tidak pernah mengurang...

Astaghfirullah... astaghfirullah...

Hai hati, sedarlah engkau
Harga syurga itu mahal
dengan kotoran dan busuknya dirimu
Apakah kau sangka, kau bisa menghirup bau syurga?

Hai hati, keluarlah dari lumpur dosa
Amal mu tidak akan pernah cukup untuk membalas walau sekecil mana ni'mat dariNya
Maka apakah yg kau kejar, selain redha, cinta dan sayangnya Allah padamu?

Allah.... Engkau sahajalah yg memahami hati ini
Jauh lebih dari aku sendiri mengenalinya
Sembuhkan ia dari penyakit²
Agar terbuka hijab dan penghalang padanya
Agar bisa aku menikmati hidup seorang hamba yg dicintai

Allah... Betapa zalimnya diri yg cukup bongkak ini
Dengan kemalasan, nafsu, dosa², jahiliyyah² yg ada
Apakah masih ada secebis tempat di syurgaMu
Untuk jiwa sekotor dan hina ini?

Allah.....
Jangan Kau tinggalkan aku...
Aku cukup lemah.. hinggakan nafsuku sendiri gagal ku jinakkan
Bantulah aku... bantulah aku... bantulah aku..

Ampunkan dosa² ku, dan tidaklah ku meminta apa², selain rahmat dan keredhaanMu
aku sanggup lakukan apa sahaja, demi mencapai tahap kecintaanMu
semoga Kau kurniakanku
''sakinah'' dan ketengan yg dpt menguatkan
Agar aku bisa bernafas, dengan jiwa hamba...


Wallahua'lam

London

No comments:

Post a Comment