Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 24, 2013

Tadabbur: Nikmat itu taklif




Tak sempat nak update dan kongsikan tadabbur hari jumaat lepas.
Lambat sikit.. huhu.. semoga bermanfaat

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿١٢٦
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali. (2:126)

Kasih Seorang Nabi
Demikian sikap Sang Nabi, Doanya berputar tentang kebaikan ummatnya, untuk kesejahteraan muslimin. Biarpun ummatnya angkuh, ingkar bahkan menolak ajakannya, tapi doa Sang Nabi tetap berputar untuk ummatnya hidup dalam serba sejahtera. Walhal, umat inilah yang cuba membakarnya hidup-hidup.
Walhal, Sang Nabi sendiri tahu betapa sebenarnya, yg beriman pada masa itu terlampau sedikit, seolahnya hanya dia dan Sang Isteri.
Disinilah, Sang Nabi turut menyelitkan, moga-moga ummatnya dapat menjadi orang yg beriman pada Allah dan hari akhirat..
Betapa penyayangnya sosok itu... Tatkala doa dan airmatanya mengalir, kerana meninginkan kebaikan buat orang yang mencaci dan mengutuk dirinya.. Saat orang yg paling kasar pada kita menjadi orang yang paling kita sayang dan doakan, nah, jiwa mana yg mampu menjadi sebersih dan selapang itu? Hanya kerana kasihnya Sang Nabi, baginda bahkan menuturkan doa-doa dengan penuh kesungguhan.

Sejauh manakah kita mendoakan orang-orang yg ktia dakwahkan? Sejauh manakah kita mendoakan Allah swt melimpahkan kebaikan dan kesejahteraan pada teman-teman dan muslimin seluruhnya?
Ataukah kita asyik menyebut-nyebut permintaan untuk diri sendiri yg tak pernah bertepi.. Kadang terfikir.. Apakah terpampang sifat bakhil dan tamak kita tatkala kita meminta doa?


Nikmat itu Taklif
Allah SWT, dengan sifat-sifat Al-Wadud, Ar-Rahman, Ar-Rahim, As-Sami' dan Al-'AzimNya, tidak pernah tidak mendengar rintihan dan doa Sang Hamba. Apakah kita merasakan Allah 'terlepas' dengar doa kita? Tidak sekali... Bahkan hasrat2 dalam hati kita pun sudah didengar oleh Al-Khabir.. Dengan kasih sayang Allah swt, belas kasihan dan kecintaanNya pada orang-orang beriman, maka dia pasti akan mengabulkan doa-doa kita..

Tapi awas...........

Setiap nikmat itu taklif.... ada tanggungjawab terpalit bersama kebahagiaan yang kita pinta...

Walaupun Allah mengabulkan doa Nabi Ibrahim, tapi Allah swt terus menyambung dengan memberi amaran akan azab yang akan ditimpakan buat orang yg telah mendapat nikmat yg pelbagai ini, tetapi masih ingkar...
Kita ingat nikmat Allah ni free ke?
Semuanya datang dengan taklif.. Dengan tanggungjawab dan kewajipan..

Tapi, seandainya kita mengabaikan tanggungjawab itu, adakah Allah akan tarik balik nikmat?
Itulah baiknya Allah....Dia akan terus memberi rezeki itu didunia..
Sebelum di akhirat, kita akan diseret ke neraka
T_T
Nauzubillahimindhzalik..

Terbayang... berapa banyak doa yang telah kita minta, dan telah dikabulkan oleh Allah swt...
dan berapa banyak kali, tanggungjawab2 yang sepatutnya dipenuhi, diabaikan begitu sahaja..
Lepas tu Allah biarkan kita hidup dengan bahagia..
T_T

Semoga Allah mengampunkan kita semua

Wallahua'lam








Thursday, December 19, 2013

Ad-Deenun Nasihah



Beberapa malam lepas, selepas satu perjumpaan, saya sempat mengeteh dengan seorang al-akh yg sangat dikasihi.
Lama benar tak berjumpa dan berbual panjang. Alhamdulillah, Allah swt izinkan semalam.

Banyak yg kami bincangkan.
Daripada reminiscene zaman ketika di London dulu, sampailah kepada apa yg sedang dihadapi masing-masing semenjak berada di Malaysia.

Dan kami sama-sama muhasabah...
Ada satu kelainan kami sekarang dan kami yg dulu
Dulu mujahadah kami tak kenal penat.
Tak kenal batas.
"never say no"
Tapi sekarang... semuanya seolah ada limit..
T_T

Pada masa tu, terkeluar lah kisah-kisah lama.. bagaimana ruh yg gersang diasuh... hati yg kering disiram.. keinginan yg meleset menumbuh.. Ya, kami pernah berada di suatu zaman, yang mana semangat pudar benar-benar dapat menyembuh. Rasa putus asa benar-benar dapat di'recharge' semula.. kami nampak prosesnya..!

Semua ini berakar pada sabda Ar-Rasul SAW...
"Ad-Deenun Nasihah..."

Dulu, hari-hari kami dibanjiri dengan nasihat.
Satu hari yg berlalu tanpa menasihati dan dinasihati, adalah hari-hari yg penuh duka dan menakutkan.
Ya, seolahnya setiap perbuatan kami dipersoal...

Bayangkan, pada masa tu, nak buat sesuatu yg sia-sia mmg akan rasa sangat bersalah.
Satunya sbb seorang daie yg melakukan perbuatan sia-sia umpamanya dia sedang bermaksiat.
Kata-kata "Kelalaian seorang daie adalah maksiat", "Masa kamu masa ummah" sering berdegar-degar...
Mana mungkin kita nak berani buat benda-benda yg tak produktif. betul tak?

Bahkannya.. pada masa tu, nak bukak youtube tgk video2 hilang mengantuk pun, mana ada tgk video2 yg tak membuahkan amal. video2 comel lawak2. x berani. nak baca novel2 yg random pun rasa bsalah.. sebab sentiasa diingatkan, ttg "Al-Wajibat Aktharu minal Auqat"... daie mana ada masa lapang utk 'leisure'.. mana ada masa kosong untuk hobi biasa-biasa... setiap amal semuanya berputar disekeliling 'islah nafsak, wad'u ghairak'.. membina peribadi diri.. dan membina peribadi orang lain.. bukan amal-amal random tak berhalatuju..

Maka pada masa itu, setiap saat kami diisi...
Sama ada dengan perbincnagan2 dakwah, atau dengan tazkirah2.. dengan pembacaan2.. pembelajaran2.. dengan interaksi saling merapat dan saling cuba memahmi.. kami saling tanasuh.. setiap gerak geri ikhwah kita perhatikan, kita perhalusi dan perbaiki.. Terasa dapat menjiwa hadith "Al-mu'min mir-atun al-mu'min"... Seorang mu'min itu cerminan kepada mu'min yg lain.. Kita menjadi cermin, menceritakan dengan penuh jujur dan kasih sayang, apakah 'wajah' si pelihat.. supaya si pelihat itu memperbaiki 'wajah'nya.. dan menjadi lebih sempurna..

Inilah budaya masyarakat duat.. suasana dan biahnya hidup.. mana-mana yg berada di fasa terjelepuk imannya, akan disiram dengan nasihat-nasihat rabbaniyah.. Kami sungguh seolah hidup dalam ikatan "wata'awanu ala birr wat taqwa".. terasa sangat saat badan merebah, ada yang menyambut.. saat air mata mengalir ada yang mengesatnya.. Bukan, saya bukan maksudkan semata pada kasih sayang dan kemesraan.. bukan pada bertepuk belai.. tapi pada sifat dan semangat saling tanasuh.. saling memperbetul.. saling memperbaiki.. saling mem'push-to-the-limit'...

ramai orang yg mesra, tp tidak sanggup turun sampai ke tahap saling memperbaiki

Marilah hidupkan suasana saling tanasuh ini.. kerana ad-deen ini adalah nasihat.
dari sini kita akan saling mengerat
Dan keluar dari dunia hipokrat

Melangkah daripada pentingkan diri sendiri
Kepada itharkan ikhwah yg dikasihi

Apa maksud kita itharkan orang lain?
apabila kita berfikir, pening kepala, sungguh-sungguh nak memperbaiki orang lain

Bukan setakat kita 'asal aku buat' pada orang lain.
Itu mgkin sekadar membantu orang
Bukan ke tahap mementingkan/mendahulukan orang lain

Semoga Allah menumbuhkan kecintaan dan kasih sayang kita pada semua manusia
Kerana dakwah ini adalah cinta
mencintai manusia semuanya
dan mengharapkan yang terbaik utk semua
termasuklah diri snediri

Semoga Allah memberkati dan membersihkan usia kita...

Wallahua'lam

 

Saturday, December 7, 2013

syahid








Hampir setahun...
Ya, paling tidak sudah kurang lebih 9 bulan..
Demikian masa cuba menceritakan saat kau pergi dr sisi kami semua

Tapi hatta masa sekalipun takkan mampu
Untuk mengisahkan apa yg kami hilang
Kekosongan yg kau tinggalkan

Ahh.. ini bukan nota sedih
Ataupun surat rintihan
Aku bukan menulis ttg itu

Celaka sungguh diriku
Ya, celaka
Dosa2 dan kelalaianku sentiasa tidak mengizinkan
Utk aku menjadi sptmu

Mata ini menjadi saksi
Telinga ini menjadi saksi
Walau sudah brbulan lama kau pg
Amal-amalmu disebut org
Semuanya mnjd qudwah buat kami

Cemburu....
Ya setiap kali mendengar org bertutur ttg dirimu
Airmataku akan mengalir
Perasaanku bercampur baur
Rasa kehilangan, terharu, kagum
Bahkan cemburu, geram dan irihati

Tiap kali aku memandang diriku
Dan mengingat dosa yg tak bertepi
Aku akan teringat akanmu
Dan airmataku mengalir lagi
"Layakkah aku mati sebegitu sptmu,
sdgkan dosaku begini banyaknya
Dan amalku begini hodohnya..."

Ya allah, aku jg ingin mati syahid
Matikanlah aku dlm husnul khotimah
Dalam keadaan aku berada di puncak amal
Tapi.. layakkah aku dgn prmintaanku..
Allah...

Akhi, jzkk sbb mnjd satu benchmark yg terlampau tinggi
Yg akan ku penuhi masa2 hidupku cuba menjadi spt itu
Jzkk akhi.. adanya kau disisi membakar smgt kami
Xsangka, perginya kau mnjd obor semangat dan penunjuk jalan kami

Moga kau berbahagia di syurga sana

Ya allah pertemukanlah kami semula di syurgaMu

Wallahualam



Tuesday, November 19, 2013

Fikrah Ad-Daeiyah


Doa Ar-Rasul SAW ketika Baginda berada di Thoif, selepas dakwahnya ditolak, bahkan baginda SAW dibaling dengan batu sehingga mengalir darah dari tubuh yang kepenatan membasahi sepatu baginda SAW:

Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?” 
“Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu.” 
“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau.” 
“Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu.”

Dalam kekecewaan, dalam kesedihan, masih terpancar jelas fikrah yg terang daripada kata-kata Ar-Rasul SAW.
Apalah yang kita harapkan daripada dakwah ini.. daripada usaha sungguh-sungguh ini.. daripada pengorbanan jiwa raga ini.. kalau bukan pada sayang dan ridhonya Allah swt pada kita?
cukuplah... cukuplah usaha keras dan infaq harta jiwa kita ini, dibalas dengan tidak murka nya Allah pada kita.. cukuplah.. sudahpun memberi kepuasan dan ketenangan yg tiada tolok banding..
Apalah sangat kudrat yg kita curahkan.. apalah sangat penat-penatan kita ni.. bahkan tidak murkanya Allah pada kita itu, adalah satu balasan yang sangat besar kalau nak dibandingkan dengan segala kudrat yg kita curahkan ini..

Dalam fikiran kita, yang menumbuhkan rasa mahu, menumbuhkan Irodah Qowiyah, menumbuhkan himmah aaliyah, adalah keridhoan Allah swt... Bahkan para anbiya' yang jauh lebih besar ujian dan kesusahan, jauh lebih dahsyat perjuangan dan pengorbanannya pun, sering berdoa agar Allah meridhoi amal-amal... Apatah lagi kita..
Kata Nabi... "In lan yakun bika ghodobun alayya, fala ubaali"
Sekiranya engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli!
Pelbagai masalah, pelbagai halangan, pelbagai derita, pelbagai tentangan...
Aku tidak peduli!
Penat, letih, tak cukup tidur, tak cukup duit, blablabla...
Aku tidak peduli!
Asalkan, Engkau tidak murka padaku... 
Ya Allah.....

Saturday, November 16, 2013

Fasbiroo~



Perkongsian daripada seorang ustaz:

"Ada seorang akh, hidupnya cukup aman, cukup mewah, semuanya serba cukup. Tapi, setiap hari akan ada seekor kucing datang dan berak di hadapan rumahnya. Akh tadi pun rasa marah. Sehari takpe lagi, tapi bila dua, tiga, empat hari... jadi tension. Rasa nak tangkap je kucing tu.
Sampai la datang seorang ikhwah... menasihatinya..."

Akhi.. kalau bukan disebabkan kucing tu, dimana lagi agaknya Allah nak uji kesabaran nta?
Bersyukurlah... Allah masih uji kesabaran nta, sebab ALlah nak terus dan terus memilih nta

****************************************************************************

SubhanaAllah...

Ada orang yg hidupnya sudah lali dengan kesusahan. Apabila datang dakwah, maka dia sudah biasa hidup susah. Sudah biasa hidup penat. Tak cukup tidur. Serba tak cukup. Jadi, tiada tadhiyah yg dituntut daripadanya dalam melaksanakan dakwah....

Tapi nyatalah, ALlah itu Maha Bijaksana dan Maha Adil, Dia datangkan ujian lain...

Barangkali, mungkin al-akh tadi sudah biasa dengan ujian2 kepenatan dan kesempitan, tapi adakah dia bersabar dengan ujian2 kecil seperti kisah di atas? Adakah dia boleh bersabar apabila bergaul dengan manusia sehari-harian. Adakah dia boleh bersabar atas ketidaksabaran orang lain?

Hidup kita akan diuji dengan pelbagai ujian.. Setiap sudut...
Maka dalam mana-mana ujian pun, bersabarlah...
Fikirkan sejenak.. Kalau bukan kesusahan dan kesempitan seperti ini, dimana lagi Allah nak uji kesabaranku?

Tiba-tiba kereta rosak. INilah ujian dari ALlah

Tiba-tiba duit hilang. Ya, kat sini Allah nk uji.

Terlepas KTM. sabaaarr....

Kadang para ikhwah, setelah melalui proses tarbiah yg panjang, mereka sudah alah bisa tegal biasa dengan kesusahan dan pengorbanan. Malah mereka sanggup dari infaq harta, masa tenaga...
Tapi, apabila berhadapan dengan ujian2 kecil, mereka tewas.

Terasa marah apabila ada kucing yg berak di hadapan rumah
Terasa sangat tension apabila ada orang yg potong line masa beratur.
Terasa marah orang yg bising tak consider orang lain.

Ya, ini juga adalah ujian.Apabila terlintas perasaan marah, ucapkanlah
Astaghfirullah, moga perasaan ini tidak menjadi dosa/diampunkan.
ALhamdulillah, ALlah masih menguji diri ini.

Ujian Allah itu adalah rahmat
Berapa banyak orang yg dibiarkan tidak lagi diuji. Tidakkah hidup mereka sebenarnya lebih sengsara. Mereka tidak diuji, umpamanya seorang pelajar yg tidak sampai kepadanya kertas peperiksaan. Tidak lebih sedih dan lebih kecewa?

Tiap kali datangnya ujian, bergembiralah.. Allah sedang menaikkan darjat dirimu.

Bersyukurlah, Allah mendatangkan ujian2 ini khusus untuk dirimu!

Wallahua'alam

Thursday, November 7, 2013

Untukmu Kader Dakwah



*copy-paste*

Wahai kader dakwah, di tahun baru ini, ingatlah kembali janjimu kepada Allah!

Bukankah kalian telah berjanji untuk turut beramal bersama dakwah dalam rangka membela syariat-Nya serta berdakwah kepada-Nya?
Bukankah kalian telah berjanji setia kepada Allah untuk mendengar dan taat dalam mentaati Allah, Rasul-Nya serta jihad di jalan-Nya dalam kondisi giat maupun malas dalam keadaan mudah maupun sulit dengan bergabung dalam dakwah?

Bukankah kalian telah berjanji kepada Allah untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam dan berjihad di jalan-Nya, dan berjanji untuk mendengar dan taat kepada pimpinan dalam keadaan suka maupun tidak suka, dalam hal tidak maksiat, sekuat kemampuan yang ada?
Ingatlah janji setiamu itu. Kemudian hisablah dirimu. Apakah kalian sudah berusaha menjadi kader dakwah yang sesungguhnya? Yakni kader yang memahami dan meyakini fikrah Islam yang murni; yang senantiasa ikhlas, meniatkan ucapan, perbuatan, dan jihadnya untuk Allah, mencari ridho dan mengharap pahala-Nya. Tanpa memandang kekayaan, kemegahan, kehormatan, atau julukan?

Apakah kalian sudah berusaha keras mempersiapkan diri untuk beramal? Memperbaiki diri, membina rumah tangga, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air dari pengaruh kekuatan asing, memperbaiki pemerintahan sehingga benar-benar islami, mengembalikan eksistensi umat Islam di panggung internasional dengan mengembalikan khilafah dan persatuan umat, serta menebarkan dakwah ke seluruh penjuru bumi?

Bagaimanakah gelora jihad di hatimu? Bagaimanakah ketabahanmu untuk selalu beramal dan berjihad mencapai tujuan? Masih siapkah kalian melintasi waktu tahun demi tahun, dan terus dalam keadaan seperti itu hingga kalian bertemu Allah?

Apakah masih ada pengaruh faham lain dalam fikrah kalian, padahal fikrah Islam kalian merupakan fikrah paling mulia, lengkap, dan tinggi?
Sudahkah rasa persaudaraan terjalin erat di antara kalian? Dimana ruh dan hati kalian diikat dengan aqidah. Masih terpeliharakah kepercayaan kalian kepada pimpinan? Percaya sepenuhnya akan kemampuan dan keikhlasannya, sehingga membuahkan kecintaan, penghargaan, penghormatan, dan ketaatan?

Wahai kader dakwah, apakah kalian sudah berusaha keras membentuk diri menjadi batu bata yang kokoh bagi bangunan dakwah, yakni dengan menjalankan kewajiban-kewajiban sebagai seorang kader dakwah?
Allah tujuan kami; Rasulullah tauladan kami; Al-Qur’an pedoman hidup kami; Jihad adalah jalan juang kami; Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.

Wahai kader dakwah, apakah lima kalimat itu selalu terpatri dalam benak kalian kemudian menjadi suatu keyakinan yang membuahkan amal, ataukah hanya sebatas menjadi senandung di bibirmu?

Wahai kader dakwah, seperti apakah karakter fikrah kalian? Dimanakah al-bisathoh(kesederhanaan), at-tilaawah (membaca), as-shalaatu (shalat), al-jundiyah (keprajuritan), danal-khuluq (akhlak)? Apakah ada dalam gerak langkah kalian sehari-hari?

Jangan malas!
Ayo berusaha keras menjadi kader dakwah sesungguhnya. Jika tidak, maka barisan orang-orang malas masih terbuka lebar untuk kalian.
Wahai kader dakwah, jika kalian bersungguh-sungguh, kalian akan meraih izzah dan kemenangan di dunia, surga, dan ridho Allah di akhirat. Kalian akan menjadi bagian dari mujahid dakwah.

Jika kalian berpaling dan tidak bersungguh-sungguh, maka tidak ada hubungan antara kalian dengan dakwah. Meskipun kalian selalu hadir di arena dakwah dengan gelar paling hebat dan berpenampilan paling mentereng. Allah akan menghisab keengganan kalian! Karena itu, tempatkanlah diri kalian sebaik-baiknya. Mohonlah kepada Allah petunjuk dan pertolongan-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan 
(memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam Telah Berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Wahai kader dakwah, ingatlah janji setiamu! Laa haula wa laa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adzim…

Monday, November 4, 2013

Takwin Dzatiyah


Astaghfirullah..
Sudah beberapa ketika tidak mencoretkan apa2 di blog. Sebahagiannya disebabkan kesibukan(alhamdulillah) manakala sebagian lain disebabkan kelalaian(astaghfirullah) semenjak pulang ke malaysia.

Ya, di bumi ini mataharinya sama cerah. Bulannya juga sama kuning. Tidak jauh beza. Cuma... udaranya nyata tidak serupa. Malaysia, medan sebenar yang mana dunia ideal diuji dengan realiti. Hak2 dan tanggungjawab yg mesti dipenuhi. Masyarakat, jiran, ibu ayah, saudara mara.... sangat mencabar.
Dan alam pekerjaan. Nyata berbeza. Tak lagi seperti dunia student dulu.

Pada masa ini, segala fikrah dan kefahaman yg dibina sebelum ini, diuji bertalu-talu. Saat urusan-urusan peribadi menimbun, apakah tergamak kita tinggalkan urusan-urusan da'wi ditepi?

Kalau dulu.... Dengan mudah kita ucapkan, dakwah adalah yg utama. Adalah nadi kehidupan.. Adalah bukti kita masih bernyawa.. pom pam pom pam kita bersemangat...

Alhamdulillah, mungkin ungkapan2 itu keluar setelah terbinanya fikrah dalam pemikiran.. maka kita pun cenderung berkata-kata apa yg kita fahami...

Tapi, adakah tubuh kita, kudrat kita, sudah beriman dengannya?

Realitinya, pada kaca mataku, kita ini akan melalui 3 peringkat:

1) Takwin Fikriyy
Pembinaan fikrah, menolak kefahaman-kefahaman karut marut warisan nenek moyang, serta bisik hasut Syaitan yg tak henti cuba menggelincirkan kita.
Pembetulan neraca dunia dan akhirat, penjelasan realiti, matlamat dan sebab sebenar kehidupan.
Menumbangkan segala cita-cita palsu, dan menggantikannya dengan cita-cita yg sebenar, mati dalam keadaan beriman, bahkan yg lebih tinggi ialah mati dalam usaha yg bersungguh-sungguh mendekatkan diri pada Allah dengan amal yg tidak henti-henti.
Ini adalah peringkat pertama. Membina pemikiran dan perasaan.

2)Takwin Jasad
Walaupun fikiran kita sudah sebati dengan dakwah, tubuh kita belum tentu. Terlalu ramai para duat yg terkandas dek kerana tubuh yg tidak mampu menanggung bebanan ini. Berapa ramai, yg pada awalnya di masa lapang, sangat bersemangat untuk dakwah dan tarbiah, tapi apabila diuji dengan kesibukan, maka dia pun terkontang-kanting. Kerja sehingga malam, maka masa yg berbaki sangat sedikit, apakah masih perlu diinfaqkan pada dakwah?! Mata pun sudah kuyu, takkan masih ingin ke mukhayyam? Kita nak sangat menyampai pada program, tp badan pun longlai.. Penat yg teramat sangat, masa usrah pun tertidur. Dah non-stop kerja masa ofis hour, bila malam, nak meeting, otak pun dah kering.xde energy.
Kalau macam ni... Bagaimana kita ingin membina rijal2? badan kita terlalu lemah...
Penyelesaiannya, mujahadah-lah. Push la diri sendiri. Mengantuk? Pergi mandi. minum air. Cari jalan utk terus segar. Jangan biarkan badan kita ni terlalu manja. Lanyak-lanyakkan dia.
Berapa ramai ikhwah yg mujahadahnya superb, sampaikan tubuhnya kini kuat. Tak lagi perlu tidur lama. Tak lagi perlu tidur atas tilam yg empuk. Tak lagi cepat lapar. Tak lagi sakit2.
Ini adalah satu latihan yg sangat perlu dilalui. Sakit, perit. Tapi ianya perlu. Takwinlah dirimu bersungguh-sungguh. Ia akan mengambil masa. Tapi pastikan ada progession nya! Apalah gunanya duat yg hanya berkobar pada mulutnya, tp jasadnya lesu, tak mampu bertahan lama utk amal yg panjang. Latihlah dirimu bersusah-susah. Banyakkan berjalan kaki. Bukanlah maksudnya menolak kemudahan, tapi biasakan kesusahan, supaya apabila diminta utk bekorban, badan terasa ringan dan tidak berat utk melaksanakan.
Ini adalah peringkat kedua, membesarkan kapasiti utk bekerja banyak.
Mu'min yg kuat lebih baik daripada mu'min yg lemah.

3)Takwin Nafs
Dah beberapa hari tidur 3 jam, takkan hujung minggu tak boleh nak berehat lebih sikit? Dah bawa usrah cukup la, aku ni bekerjaya, takkan nak kena meeting sampai 2-3 pagi selalu?
PENAT.PANCIT.
Itulah pintu yg sangat bahaya. Kerana apa yg kita fahami dan imani, belum tentu kita mampu dan berupaya lakukan dengan istiqamah.
Ramai orang akui dan setuju, pentingnya perbincangan ttg sesuatu perkara, perlunya ada yg menyusun program dan sangat2 kritikal utk ada yg menyelesaikan isu-isu tertentu.. Tapi siapa orangnya? Ahh.. biarlah ikhwah tu.. dia kan lg mobile.. ana sgt sibuk la..
Tu ikhwah tu kan tak kerja kan? haa.. biarlah dia uruskan semua perkara.. orang kerja ni lain ujiannya..
Tidak ada perasaan umpama Abu Bakr, yang proaktifnya menjangkaui pemikiran orang biasa. Siapa yg mahu membantu ini? Maka dialah yg pertama. Siapa yg mahu membantu itu? Dia juga orang pertama. Tidak terlintas dalam pemikirannya tentang hak diri sendiri, yang asyik bermain ialah penderitaan muslimin dek tiadanya Al-Haq di bumi... apabila dirinya sudah mampu menolak dan mengawal nafsu sendiri.. Jiwanya sibghah dengan iman.. Inilah tahap yg seterusnya, takwin nafs.

Ishh.. extremenyer.. mana boleh.. kena la manusiawi sikit...
Heyy.. kalau semua orang asyik nak jadi manusia, siapa nak jadi super saiya? Siapa nak jadi luarbiasa?
Ya, benar.... Badan kita ada hak atas diri kita... Ada limit... Tapi kenapa letakkan limit pada tahap terendah?
Kenapa terlalu manjakan tubuh sendiri...? Inilah pun masa yg kita ada untuk bg semua nya.. nanti dah mati, apa lagi yg kita ada untuk tawarkan? Nanti dah tua? tubuh yg dah lemah tu kita nak jualkan? Para Sahabat... mereka berlumba-lumba menjual diri dan harta mereka... Kisah Abdullah bin Jahsy... bersungguh-sungguh berdoa akan mati terbunuh dalam Perang Uhud dalam keadaan hidung dan telinganya dipotong... Amru bin Jamuh.. berdoa supaya tidak lagi kembali ke rumah selepas perang... Mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan itu.. Apakah kita tidak mempunyai keinginan yg serupa?

Dan percaya atau tidak, di bumi Malaysia ini, semua yg disebut di atas perlu dilakukan sendiri.. Tiada siapa yg akan memaksa. jauh sekali mengancam sekiranya kita memilih untuk tidak melakukannya. Semuanya akan berbalik kepada tumuhat kita.. sejauh mana kita ingin berkhidmat pada ummat? Sejauh mana....
Semua ini secara dzatiyyah. Saat kita cakap 'penat'. siapa yg akan ukur tahap kepenatan? Tiada siapa, melainkan Iman.... saat kita cakap 'busy'. Siapa akan ukur tahap kebusyan? Tiada siapa kecuali Iman... bahkan ada sahaja Ikhwah yg tertidur ketika memandu, dek terlalu penat. Ada yg terlampau busy tapi masih mampu membawa liqo dan masih mampu mengisi dauroh.. semuanya berbalik pada tumuhat kita... seandainya kita benar-benar mahukan dakwah dan tarbiah, kita pasti akan menemui jalannya.

Ada orang memilih untuk memberi 5% daripada dirinya kepada dakwah.. alhamdulillah...
Ada juga orang yg memilih untuk memberi 25%...
Ada juga yg memilih untuk 50%...
SubhanaAllah, hebat2 belaka...

Tapi... sekiranya kita ingin memberikan 100%, memberikan segala apa yg kita miliki, bahkan kita sanggup tekorban kerananya, maka pemikiran dan cara hidup kita pasti akan berbeza. Kita tidak lagi menggunakan neraca manusia biasa.. Tetapi kita menggunakan neraca muslimin... yg sarat dengan keajaiban dan keluarbiasaan. Kenikmatan yg jauh melangkaui apa2 yg ada di atas muka bumi.

Begitulah, beberapa bulan pertama di bumi Malaysia mengajarku... Kefahaman ttg Tumuhat, ttg kasal da'wi, ttg himmah aliyyah, ttg irodah qowiyah.. semuanya teruji..
Kesungguhan kita mentakwin diri sendiri. Membina potensi yg kecil menjadi besar. Membina keupayaan yg sebelumnya tiada.

Kepada para duat yg masih berada dalam dunia student, jangan bazirkan masamu.. Tiap hari tambahkan tarbiah dzatiyah mu.. kerana akan tiba satu masa, segala yg kau ajarkan pada dirimu, akan diuji dan dibentuk satu persatu.. kuasai bahan2 tarbiah, supaya dalam kesibukan masa depan, kau sudah bersedia untuk beramal pada bila-bila masa...
Tarbiah wa takwin, toriquna lil tamkin.

Wallahua'lam






Friday, August 30, 2013

Jangan Minta Penangguhan



Seringkali, apabila kita diminta melakukan suatu amal...
"Nanti boleh tak?"
"Erm.. sekarang ana busy sikit. Minggu depan nta dtg tanya lg boleh?"
"Ana x ready lagi nak bawak usrah akhi.. ana baru je join usrah.. baru setahun.. bagi la ana masa sikit lagi.."
"Ana x kuasai bahan lagi la akhi.. Nanti ana dah kuasai bahan baru ana bawak usrah eh"
"Ana tak habis dengar recording lg tajuk tu. Kalau boleh bagi ana masa 2 bulan ok? By that time iA ana ready jadi muwajjih"

Selalu.. sangat selalu.. Kita gemparkan dunia dengan jutaan alasan..  Walhal Allah swt telah dgn jelas menceritakan:

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka:  "Tahanlah tanganmu [dari berperang], dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka [golongan munafik] takut kepada manusia [musuh], seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan [kewajiban berperang] kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (4:77)-Ayat ini tentang orang² yg di Mekah kononnya mahu berperang tp tak diizinkan, tp apabila di madinah, diturunkan perintah perang, mereka berbalik kebelakang.

Apabila bercakap... Bukan main lebat.. Kita cakap kita nak ustadziatul Alam.. Nak jadi mujahid.. Nak berjuang.. Nak bekorban.. Nak mati syahid.. Siap jerit² dalam syiar..

Tapi bila diminta realisasikan janji itu.. Banyak pulak alasan.

Minta tangguh. Next time. Lain kali. Not now.

Jawapan Allah:
Mataa3ud Dunia Qaleel.. Wal Aakhiratu khairul limanittaqa.

Orang-orang ini sebenarnya tak tahu.. tak sedar.. tak percaya.. yang dunia ini hanya pendek.. sedikit.. sekejap.. dan akhirat itu jauh lebih mulia..

Orang-orang ini sebenarnya tidak mempercayai perkara ghaib.. tak cukup yakin dengan akhirat...

sedangkan, sambung Allah lagi, "kamu tidak akan dizalimi..."
Kalau kita bekorban.. kita berjuang.. kita bagi semua.. percayalah.. kita tidak akan dizalimi.. takkan rugi.. Allah akan balas setiap peluh, air mata, darah, masa, tenaga kita... duit kita.. semuanya Allah akan balas dengan seadil-adilnya.. Percayalah, mataa3ud Dunya Qaleel!

Allah lagi menceritakan...

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri [3], [kepada mereka] malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri [Mekah]". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, (4:97)-Ayat ini pula tentang orang² yg tak ikut sama berhijrah ke Madinah.. Alasan mereka pelbagai, akhirnya mereka ditinggalkan di Mekah...Dan apabila Perang Badar, mereka dipaksa utk berperang bagi pihak musyrikin, dan apabila mereka dibunuh, ayat ini menceritakan dialog mereka dgn Malaikat.


Alasan... Banyak sangat alasan...
xkan habis kalau nak tulis alasannya.

Tak sempat prepare. Busy. xde transport. penat. xde tu. xde ni. etc³....

Bayangkan, kalau kita mati masa tu.. Dan kita dipersoal.. "Eh, asal ko ni. mati dalam rumah. xde keje dakwah ke nak buat?"

Kita pulak cakap.. Oh, aku ni baru nak start kerja.. duit xde.. transport xde..

Memang kena pelempang dgn malaikat.

"Bukankah bumi Allah ni luas?"

Dan paling sedih.. orang yg duk bagi alasan ni...
tempatnya di akhirat... akhirat akhi... xmo.. sobs³...

Ar-Rasul tidak memaksa semua muslimin berhijrah.. Baginda hanya menyampaikan perintah Allah...

Dan masing² akan menjawab.. Allah benarkan orang² yg uzur utk tidak turut serta.. tp seuzur manakah kita?

Kita boleh menjawab di hadapan manusia, dengan alasan²... dan mereka akan memaafkan kita.. mereka akan menerima alasan kita.. mereka akan husnudzon dengan kita.. dengan alasan² ciptaan kita...

Murabbi kita sekalipun, bahkan tidak akan melebihi daripada apa yg Ar-Rasul kerjakan.. Baginda tidak memaksa, bahkan menyerahkan pilihan itu bulat² kepada setiap Muslimin.. Anda tak mahu berhijrah, maka itu urusan anda dan tuhan. tugas Rasul, menyampaikan... mengajak.. Menunjukkan qudwah.. Menjelaskan dengan terang..

Murabbi kita boleh mentaujih kita utk beramal.. Minta bantuan kita untuk itu dan ini.. Tapi seandainya kita tidak mahu, dan kita mula mencipta alasan utk menipunya.. Maka, dia pasti akan menerimanya...

Cuma kitalah yang perlu bersedia menjawab dengan para malaikat...

"Alam takun Ardullahi waasi3ah?"

Mampukah kita menjawab sindiran itu?

Kerana begitu banyak ruang yang ada, cuma tinggal kita sahaja berusaha mencarinya, inisiatif utk mencari jalan utk beramal.. Utk tidak lagi memberi alasan.. Kerana bumi Allah itu begitu luas.. rezeki yg ada didalamnya begitu banyak..

Maka Ikhwah akhwat....

Berhentilah memberi alasan, atau meminta penangguhan..

Tetapi berusahalah utk all-out, cari segala jalan yg ada, usahakan sebenar-benar.. Jangan mudah sekali memutuskan engkau tidak boleh, hanya kerana alasan² picisan..

Kerja boleh disiapkan
Tak bersedia boleh disediakan
Tak habis dengar recording boleh baca nota
Tak de masa boleh susun
Tak de transport boleh cari/pinjam

Tidak wajar ada alasan...

Kalau urusan penting, seperti mendapat kerja/jawatan pangkat tinggi.. Kalau kena lakukan apa², tak keluar pula alasan² yg sama.. bahkan sanggup ketepikan semua masalah lain, utk sempurnakan tugasan...

Sampai bila nak kelas-keduakan dakwah?

Doakan kita semua thabat dan terus berhimmah tinggi dalam amal,

Wallahua'lam






Wednesday, August 28, 2013

Sujud Yg Membebaskan



Dalam hidup kita, kita didatangi dengan pelbagi ujian dan kesukaran
-exams
-homeworks
-assignments
-deadlines
-boss yg pressure
-rakan sekerja yg macam-macam

Itu baru kesukaran dengan kaca mata manusia biasa.

Hati akan terasa lebih tercucuk, lebih terhiris, saat kita bermuhasabah...
Mengapa semua ini, tidak bernaung di bawah al-Islam.
Melihat bos, rakan sekerja kita, kawan-kawan kita, keluarga kita
Bahkan mungkin diri kita sendiri
Melakukan maksiat pada Allah
Melakukan kemungkaran pada Allah

Tidakkah semua ini cukup memedihkan?

Belum lagi kita menghayati...
ayat-ayat Allah
tentang balasan bagi orang-orang yang tidak melakukan amar ma'ruf
balasan bagi orang-orang yang memilih untuk duduk baik sendiri
balasan untuk orang yang redha dengan kekufuran

ALlah.....

Saat kita mula berfikir dengan kasih sayang
cinta dan mahukan yang terbaik buat semua saudara seaqidah kita
kita akan rasa terketar... Apakah nasib aku di akhirat?
Apakah nasib mak dan ayahku di akhirat?
adikku? abangku? kawan-kawanku?
rakan sekerja ku? bos ku?
Adakah semua nya akan terselamat daripada azab api neraka?

Selamatkah kita semua daripada kemurkaan Allah, walhal di dunia kita dengan selamba membiarkan suruhan-suruhan ALlah.

Mengapa hati kita boleh jadi begitu buta?

Pada saat penuh kekusutan ini...
Siapa agaknya yagn kita cari untuk cari jalan penyelesaian?
adakah tikar sembahyang itu menjadi tempat hinggap dahi kita setiap malam
Dalam usaha mengadu dan merintih pada Allah azzawajalla
Kerana hanya Dia-lah yang benar-benar memahami
Dia-lah yang benar-benar menyelami
segala perasaan yang terbuku dalam hati ini....

Allahu rabbi...

Hanya Engkaulah yang tahu apa dihati ini
Hanya Engkaulah yang bisa meredakan api kesedihan
Meredakan ombak putus asa
Meredakan puting beliung kecewa

Tiap hari aku menyebut
" Allahu somad "
Allah-lah tempat segala rayuan dan aduan
Tempat memohon tempat meminta
Nukleas kepada ruh yang mencari...

Hanya dengan menempelkan wajah ini di atas tanah-lah
Segala kekusutan kan terurai
Segala kesedihan kan berlalu
Segala putus asa kan terpadam

ya Allah, kau bantulah aku
Untuk memperbanyakkan sujud
Untuk berasa khusyu dalam salat2 ku
Agar aku dapat merasai manisnya bertemu Mu

Sunday, July 28, 2013

Misr, Kami bersamamu



وَڪَأَيِّن مِّنۡ ءَايَةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ يَمُرُّونَ عَلَيۡہَا وَهُمۡ عَنۡہَا مُعۡرِضُونَ
Dan banyak sekali tanda-tanda [kekuasaan Allah] di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya.
(12:105)

Ya, apa yg berlaku harini, semuanya adalah tanda-tanda daripadaNya
Langit yg masih biru
Awan yg berarak
Kucing dan anjing yg masih tak sebulu
Burung yg kadang-kala melepaskan 'bom' atas kereta
semua itu adalah tanda² daripada Allah
untuk kita tadabburkan
Fikirkan
Dan ambil ibroh

Termasuklah yg berlaku di Mesir
Kita marah
Kita geram
Tapi, apakah mesej yg cuba Allah sampaikan pada kita melaluinya?

Kita pernah mendengar kisah² dari kitab² kuning....
Kisah² ajaib, tentang para mu'minin yg dihempap kezaliman taghut
Tentang Bani Israel diperlaku dgn kejam oleh Firaun
Tentang pelbagai kejadian luar biasa
Yang mana usai membaca kisah itu, dada kita berombak, mulut kita hanya mampu menuturkan
"La hawla wala Quwwata Illa billahil Aliyyil Adzim"

Kini,
Hari ini,
Dalam usia kita masih hidup,
Allah datangkan lagi kisah semisal itu
Kisah ibu yang merebus batu untuk menyedapkan hati sang anak
Kisah kanak-kanak yg bangkit menolak kedzaliman
Orang yg berdarah² dalam medan perang, tetapi tidak mahu membuka puasa
Hanya kerana mereka mahu syahid dalam keadaan berpuasa
Mereka mahu berjumpa Allah azza wajalla sambil dapat berkata
"aku berjuang di jalanMu, dalam keadaan berpuasa"

Apakah pengakhiran mereka nanti...???

Orang-orang seperti ini... Tidakkah Allah swt akan membalas mereka dengan syurga?

Masihkah ada ruang di Jannatul Firdaus Mu ya Allah untuk hamba sejahil aku.. yang sarat dengan dosa..

Kisah 1

Hala Mohamed Abu She'sha
Telah syahid dalam serangan samseng semasa perarakan menyokong legitimasi di Mansurah Jumaat semalam, 10 Ramadhan 1434H.

Status terakhir beliau di akaun facebook peribadi miliknya:
"Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami"

Kisah 2

Walaupun beliau cedera parah, beliau tetap menolak untuk berbuka, kerana beliau berharap untuk berbuka di syurga.

Kisah 3

Gambar As Syahid Umar Al Haridy, seorang hafiz quran yang membantu anak-anak kecil di Masjid menghafal Al Quran.

Lihatlah pada tolak ansur agama ini di wajahnya dan pada kitab Allah di tangan kanannya.

Selepas hari beliau pergi ke Medan Rabiatul Adawiyah, setiap hari anak-anak ini datang bertanyakan perihal Umar Al Haridy di hadapan Masjid dan menanti-nanti kedatangannya untuk membantu mereka menghafal Al Quran lagi.



Dan pelbagai lagi kisah² yg menyayat hati...

Bukan tersentuh semata-mata kerana mereka dizalimi...
Tapi kerana kukuhnya keinginan mereka utk mati di jalan Allah
Dan Allah telah mengabulkan impian mereka

Mereka ini nyata sekali orang yg terpilih...


Ya Allah, aku juga mahu tercatat sebgai orang yg berjuang untukMu
Walau aku tahu... aku ini terlalu berdosa... terlalu hina.. terlalu teruk...

Perangaiku masih sgt menyedihkan
amalanku super kurang
aku masih banyak membuang masa
Masih banyak maksiat

Tapi ya Allah
Aku berdoa
aku memohon
Aku mengharap

Satu hari nanti... Kau kabulkan doa ku ini
Moga Aku tercatat dalam kalangan orang² yg syahid
Kerana berjuang utkMu

Kau bantulah aku membina imanku
Bantulah aku membina peribadiku
Bantulah aku membina diriku

Moga Aku satu hari nanti layak
Utk mati syahid di jalanMu





''Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan, jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami".

"Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami, maka kami akan mati sebagai syuhada, dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka"

"Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka, tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!"

Kata-kata Al-Haq sememangnya mempunyai graviti yg sgt dahsyat, bagaimana ia mampu terlahir?

Kekuatan, strategi, kekuasaan, pemerintahan mungkin mampu untuk mengawal jasad manusia. Tapi hati manusia yg tertarbiah, nyata sekali tidak akan tergugah dgn apa² gesakan fizikal. Kita sudah nampak dgn jelas siapa pemenang sebenar "permainan" ini...

Kalau pertempuran ini mengejar material, ya, Sisi mungkin bisa jadi pemenang
Tapi kalau 'goal' pertempuran ini ialah kekuatan dan kesatuan, keyakinan dan kepercayaan,
Sisi adalah 'loser' paling teruk

Kecuali semua yg berkumpul (50-60% penduduk Mesir) dibunuh/dihalau keluar/dirasuk hantu,
Mesir tidak akan pulang kepada pemerintahan toghut.

HasbunaAllahu wani'mal wakeel

Allahummansur Islama wal Muslimeen
Fi Misr, fi falastin, fi syiria, fi kulli makan, wa kulli zaman

Ayuhlah singa-singa Islam
Tanda apa lagi yg kau tunggu daripada Tuhanmu
Agar engkau akhirnya sedar, dan bingkas bangun dari lenamu

Sekaranglah masanya
Sudah berlalu masa rehatmu
Sudah tiada masa berlapang tangan

Ayuh!!

Wallahua'lam



 فَلَمَّآ أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنۡہُمُ ٱلۡكُفۡرَ قَالَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَٱشۡهَدۡ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ
Maka tatkala ’Isa mengetahui keingkaran mereka [Bani Israil] berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk [menegakkan agama] Allah?" Para hawariyyin [sahabat-sahabat setia] menjawab: "Kamilah penolong-penolong [agama] Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri
(3:52)


Cinta itu mistik




Cinta pada Allah
Betulkah anda mencintaiNya?

Cinta itu dapat dilihat
Ia bukan dibuat-buat
Ia bukan dipaksa-paksa

Orang bercinta...
Tiba-tiba dia akan tersenyum seorang diri
Tiba-tiba dia risau dan gelabah andai ada yg tak jadi
Hidupnya berputar sekeliling satu objek
Objek yang dicintainya

Dalam laci
Penuh surat-surat cinta
Dalam phone
mesej² istimewa disimpan supaya tak terdelete
Setiap hari rasa nak whatsapp buah hati
Setiap hari rasa nak tanya "apa kaba" "harini buat ape" "sihat ke"
Tak pernah pulak terlintas "bosannya buat benda sama setiap hari"

Kalau nak jumpa..
Mesti pakai baju cantik².. wangi²..
Mesti fikir apa nak bg hadiah spesel harini...
Mesti nak buat impression yg best²
Kalau x jadi.. akan down..
akan nangis..
akan x lalu makan..

Mistik tak cinta?
Habis duit
Habis masa
Habis semua
Xpe... demi cinta kan?
Semua jadi berbaloi

Antara harta benda dan kekasihnya...
Ambik la semua harta, jgn sentuh kekasih ku...
Kita selalu tengok dalam drama orang sanggup bayar puluhan ribu sbg tebusan isteri/anak yg diculik
Kalau hero yg kuat² pun, kelemahan dia mesti kekasih yg dicintainya..

Antara kerja dan buah hatinya...
Bukankah biasanya orang sanggup amik cuti untuk honeymoon? Lunch hour lama sikit sbb 'lunch date' dengan kekasih? Ponteng kerja sebab nak pg vacation? "kerja boleh carik. cinta hati, susah kot nak jumpa!"

Ajaib.. Hebat.. Mistik..

Agak-agak kan.. Kita ni, jadi cemas, jadi rindu, jadi excited, jadi gembira, jadi sedih, jadi kuat, jadi lemah, jadi longlai, jadi bersemangat..... Kebanyakannya dipandu oleh apa ek?

Girlfriend lama mesej? -->excited, resah, happy, etc²
Kerjaya dapat offer kerja best² -->risau, semangat, kuat etc
Bisness kita yg makin berkembang/menguncup? --->risau, pening, x leh tidur, call semua org tanya pendapat
Study kita yg first class tu? --->risau, xleh tidur, kuat, disiplin, semangat
Pasukan bola sepak yg kita puja²? -->happy, excited, melompat bila gol
Hero dalam cerita korea/hindustan yg kita tengok? -->nangis sama² mcm heroin dlm cerita tu
Tidur atas katil yg kita suka... -->zzzzz

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa [pada hari kiamat], bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya [niscaya mereka menyesal].
(2:165)


Banyaknye tuhan kita
T______T


1. siapa org yg sembah benda lain? orang yg cinta macam² seolah² benda² tu sama taraf dengan Allah
2. siapa orang yg beriman? orang yg betul² cinta pada Allah. kata orang "Maa fi Qalbi Ghairu Allah" "Apa lg dalam hatiku selain Allah"
3. Orang-orang yg pertama tadi, Allah label sebagai orang yg berbuat zalim
4. Orang² zalim ni akan melihat kekuatan dan kekuasaan Allah. Macam mana? Melalui siksaan.
5. orang² ni adalah orang² yg akan menyesal...


Jadi.. Nasihat saya pd diri sendiri dan semua... Jom cari Cinta Allah. Allah ni Maha Menyintai tau. Dia tak jual mahal. Xyah nak tackle susah².

Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil"

Wallahua'lam



Sunday, July 14, 2013

Bergembiralah















Luasnya rahmat Allah...

Kita manusia sangat mudah putus asa.. Walhal, Islam mengajarkan kita hidup dengan penuh rahmat dan ketenangan... Allah tak pernah jemu menerima taubat kita.... Kita je yang selalu give up nak taubat sebab asyik ulang semula dosa.. Terus kan taubat, dan teruslah meminta agar Allah kokohkan hati, hidupkan Iman.. Agar kita dapat melawan segala nafsu dan syaitan yg cuba menyesatkan kita.. menggelincirkan kita...

Kalau Iblis yang derhaka, terlaknat, terkutuk tu mintak doa untuk hidup sampai hari akhirat supaya dapat sesatkan manusia pun Allah terima, takkanlah doa orang yang solat, yang sujud, Allah tak terima...

Tapi.. Bila kita mintak Allah kukuhkan hati kita... Kita mintak Allah hidupkan iman kita... Kite kena fahamlah.. Allah pasti kabulkan punya doa kita.. Macam mana nak kukuhkan hati? Macam mana nak hidupkan iman? Kalau para sahabat dulu pun, hati mereka dikukuhkan dan iman mereka hidup bukan secara magic (ie tiba-tiba kuat iman). Mereka diuji... DIUJIIIII!

Ujian yang macam mana? Yang gila-gila. Yang menyesakkan dada. Yang sampaikan para rasul dan orang-orang yang bersama mereka pun bertanya, "mata nasrullah..."

Percayalah... Teruslah bertaubat.. Dan yakinlah dengan percaturan Allah.. Bergembiralah, doamu sedang dikabulkan


Wallahua'lam




Saturday, July 13, 2013

Keladak



Umpama air yg tersekat
di dasarnya terhimpun mendapan
Setelah sekian lama permukaannya tampak jernih
Hinggakan tertarik hati yg memandang

Tapi tatkala dihumban batu-batu realiti
Air tadi terus berkeladak
Jernih berubah kotor
Mendapan kembali tersebar
Segalanya berlumpur
.
.
.
Umpama terik di padang pasir
Buminya terhimpun pepasir dan debuan
Jalannya tampak lenggang
jelas bahkan seolah bersih

Tiba-tiba
Datangnya kuda-kuda berlari
Maka terapunglah..!
Teserlahlah segala debuan mewarnai udara
kotoran yg bisa menyesakkan dada
.
.
.
Barangkali... Itulah hati ini..
kotorannya telah mendap
debuannya telah menetap
Dari permukaan, ia kelihatan bersinar
Hati itu kelihatan cergas dan ceria
Dengan manisnya kelazatan iman
Dengan asyiknya ligat dalam amal

Tapi...
Saat realiti menghempap
Saat ujian dan cabaran menderu
Segala kelodak hati timbul
Terapung semuanya
Menutup terus permukaan yg tadinya bersinar
Menyesakkan terus titik yg tadinya nadi
Sedih.. kecewa.. putus asa...

Maka terjadilah...
perasaan insaf, semangat, futur dan kecewa
berbolak-balik dan berubah dalam masa seminit
Bahkan mungkin semua itu bertukar-tukar kurang dari setengah menit
Menjadi manusia yg berputar-putar
Kalbu yg keliru
Apakah ini realiti hidup?
.
.
.
Tenanglah...
Berikanlah dirimu peluang untuk belajar..
Hati dan akalmu perlukan pendidikan
Mereka selama ini dipaksa berperang tanpa peluang memahami hidup
Berikanlah dirimu harapan dan kepercayaan
Maafkanlah kesilapan
Periksalah jiwa
Bersihkanlah sengketa
Tenanglah...
Usah terlalu berselirat
Tingkatkan kesabaran
Tambahkan tawakkal
Percayalah dan tenanglah..

Tiada gunanya bersikap ceroboh dan terburu
Hidupmu bukan utk menyentuh langit angkasa
Tapi untuk menikmati perasaan hamba di bawah naungan Tuhan
Tenanglah...
Sabarlah...
Dan percayalah..

Periksa hatimu... Ia sedang menangis dirobek nafsu dan cerobohmu
Ubatilah ia dengan iman.. Dengan taqwa.. Dengan tawakkal..

Wallahua'lam


Wednesday, June 26, 2013

Sebiji bongkah catur..

“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur” 
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah.....

Jiwa seorang Abid... apa yg dpt menggembirakannya? Pujian drpd tuannya.. apabila Tuannya melebihkan darjat dia berbanding abid2 yg lain.. perasaan istimewa.. perasaan yg jauh lebih mengasyikkan drpd kepuasan yg terbayang di akal...

Bukan apabila dia dipuji hamba2 lain.. bukan apabila dia dilantik mnjd ketua oleh hamba2 lain... bahkan bukan juga kiranya hamba2 lain menyerahkan segala yg mereka punyai kpdnya... Tidak! Itu tidak memuaskan langsung dirinya... Dia hanya mahu pengiktirafan dr tuannya.. pujian tuannya.. kekayaan drpd tuannya... Itu yg dicari2...

Maka apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 berat dan susah... dia pun gembira dan bersabar... tekun dan sungguh2 cuba meng-impresskan tuannya.... apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 ringan dan mudah... dia pun gembira dan bersyukur.. dia tetap tekun dan sungguh2 utk meng-impress tuannya.. dia tidak mahu lalai, kerana itu akan menjatuhkan peluangnya utk menjadi yang paling tinggi..

Itulah hamba... dia redha dan sedia menerima apa pun perancangan tuannya utk dirinya... dia siap, kiranya dia perlu ke mana2 utk menyempurnakan master plan tuannya.. dia akur dan patuh pd apa yg disuruh tuannya... tidak sekali dia mempersoal, mengapa aku yg perlu buat ini? Mengapa kau biarkan si polan gembira? Mengapa kau bg kerja2 yg berat dan susah utkku? Mengapa kau tidak adil...? Mustahil sekali si abid ini celupar mulutnya...

Baginya, dia adalah buah catur... satu komponen kecil dlm pasukan Islam.. kalau dia lah yg perlu dikorbankan utk pasukannya, dia akan patuh, dan memenuhi tanggungjawabnya.. kalau dialah yg perlu menyerang, maka dia menyerang... kalau dia perlu bertahan, maka dia bertahan...kerana itulah tujuan penciptaannya.. untuk patuh...

Ya Allah, Moga Kau jd kan kami hamba yg patuh, hamba yg redha dgn segala ketentuanMu, yang percaya dgn perancanganMu, yang hatinya cenderung pada ketaatan dan kepatuhan, yang benar-benar hamba... yang redha... kerdilnya kami ya Allah... sedarkanlah jiwa kami yg bongkak ini, ia hanyalah hamba... tidak ada suatupun yg sebenarnya mnjdi hak kita, kerana kita ini hanyalah hamba...

Marilah bernafas dengan jiwa hamba.... udara ini bukan milik kita pun sebenarnya...

Keyakinan inilah... yg akan menjadikan kita ini terlalu ajaib.... kerana tidak ada yg menyedihkan hati kita lg, kecuali hilangnya Allah, terputusnya tali cintaNya drpd hati kita...

"Wa la tahiinu wa la tahzanu wa antumul 'alauna in kuntum mu'minin..."

Ya, tidak ada apa pun yg menyedihkan kita... selagi mana kita yakin kita ini sedang menyempurnakan satu kisah yg disusun oleh Tuhan yg sangat mencintai kita... kesat air matamu, kau terlalu sedih sedangkan kau patutnya gembira jalan hidupmu tidak sama spt yg lain.. kau istimewa.. percayalah pd Dia.. selagi dirimu seorg mu'min, tidak ada sebab utk engkau merasa lemah dan sedih..

Wallahualam

Friday, May 31, 2013

Kit Murobbi: Tarbiah Bil Ahdath



Dengan kuasa dan ketentuan Allah swt, dakwah yang pada suatu masa dahulu dimulakan oleh seorang Rasul, kini sudahpun tersebar ke seluruh dunia. Asalnya Baginda Ar-Rasul SAW memulakan dakwah ini, seperti yg kita baca dalam buku-buku dan yg kita rasai dalam nukilan² ayat Quran dan himpunan Hadith, dengan menyampaikan mesej Uluhiyyah kepada Allah. Totalitas menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan dan menyempurnakan.

Kita saksikan ke'pekat'an tarbiah yang dilakukan Rasulullah, melalui produk tarbiahnya.

Bilal bin Rabah, hamba yg walau diseksa dengan dahsyat, masih tetap dengan "Ahad" nya.
Abu Bakr, yang infaqnya utk Peperangan Tabuk merupakan seluruh hartanya. Bahkan beliaulah yg banyak memerdekakan hamba yg diseksa semasa zaman Makkah.
Umar, dari musuh jadi pejuang setia, matinya dibunuh ketika solat. muhasabahnya luar biasa.
Mus'ab bin Umayr, sanggup meninggalkan kemewahan yg mengasyikkan, hinggakan beliau syahid dalam keadaan kainnya tidak cukup menutup seluruh badan.

Dan ratusan lagi contoh yang bisa membeliakkan mata dan mengalirkan air mata....

Kerana mereka semuanya produk yang luar biasa. Tadhiyah mereka pada dakwah ini cukup hebat sekali. Mereka ternyata beriman dengan ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (9:24)

Kisah Dhamrah bin Jundub

Ketika perintah hijrah diturunkan, terdapat sekelumpuk muslimin di Mekah yang tidak ikut berhijrah. Sebahagiannya kerana ketidakmampuan: uzur, tua, sakit, tidak ada upaya, dan sebagainya, manakala sebahagian lain kerana takut, berat, tidak sanggup tinggalkan perkara yg dicintai, dsb. Allah swt telah menurunkan satu ayat amaran yg sangat keras kepada golongan kedua, iaitu:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui satu jalan (untuk berhijrah) (4:97-98)

Ketika mendengar ayat ini, Dhamrah bin Jundub seolah terketar-ketar. Dia adalah seorang tua yg tidak mampu berhijrah, namun ketakutannya pada Allah mendorongnya utk terus berkata kepada anaknya, "Pikul lah aku, sesungguhnya aku tidak layak tergolong dalam golongan yg lemah, demi Allah aku tidak akan tinggal di Mekah walaupun satu malam"

akhirnya Dhamrah mati dalam perjalanan ke Madinah. Matinya dalam kemuliaan. Kemenangan yg cukup mahal. Dia telah menjual hidupnya demi Allah, dan Allah telah membelinya dengan syurga, spt firmanNya:

.....dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (4:100)

Bagaimana Mengulang formula tarbiah ini?

Para penggerak dakwah pasti mencemburui kepekatan penghayatan para sahabat. Bagaimana mereka mampu jadi se'obses' itu dengan Islam? Bagaimana mereka sampai begitu mahu memberikan segala-galanya untuk dakwah? Apa rahsianya? Apa resipinya?

Lagi-lagi pada ketika ini, kita membuka lapangan dakwah yang meluas, begitu banyak tuntutan daripada pelbagai medan. Dakwah kita bukan lagi dakwah yang sirri, tapi adalah dakwah yang jahriyy, cuba utk memercikkan cahaya Islam pada seluruh masyarakat. Berkongsi keindahan dan kemanisannya dengan semua. Tapi tentunya keluasan lapangan memerlukan kepekatan yg lebih luar biasa. Memerlukan kadernya yg lebih sanggup bekorban, lebih menjiwai dakwah, lebih merasai suka dan derita dakwah. Menangis dan ketawa kerana dakwah. Kita memerlukan rijal seperti ini, untuk menampung bebanan yang jauh lebih besar dari sebelumnya. Adalah satu 'suicide' untuk memikulkan bebanan yang berat pada kader yang belum rela menjual seluruh dirinya utk dakwah, kerana nauzubillahimindhalik, boleh jadi keduanya akan saling membenci, kader tadi akan benci pada dakwah, dan dakwah akan serik dengan lemahnya komitmen kader begitu.

Maka para murobbi perlu lebih pantas, perlu lebih cekap dan perlu lebih peka. Tunjang pentakwinan perlu kemas, perlu jelas dan perlu kukuh. Asas pembinaan kekuatan dakwah adalah tarbiah, adalah murobbi. Kalau murobbinya ala kadar, maka saksikanlah kehancuran dakwah satu persatu. Kalau murobbinya main-main, maka dakwah juga hanya akan sekedar menjadi satu jenaka. Murobi perlu menjadi agen tarbiah yg peka dan kreatif. Seandainya murobi sendiri sudah melonggarkan segala perkara, apa yg kita harapkan pada mutarobi?

Meningkatkan mutu tarbiah

Apabila kita bedah permasalahan tarbiah, satu perkara yg sering kita jumpa ialah:

...kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (22:46)

Banyak keadaannya, bukan tidak tahu, tetapi tidak merasai.
Bukan jahil akal, tapi jahil hati.

Liqa' usari yang dibawa banyak sekali membahaskan tentang ilmu. Ayat-ayat quran ditadabur. Hadith-hadith dihurai. Tapi tidak memercikkan api keimanan.

Apakah kerana ayat quran kini tidak lagi valid? Ataukah hadith kini makin kering?
Mustahil! Manhaj ini diturunkan Allah swt dengan jaminan 'relevan' hingga akhir zaman. Mustahil manhaj ini menjadi lapuk dan tidak lagi sesuai.

Mungkinkah... Masalahnya jatuh pada liqa' usari yang hanya berhenti pada akal, tetapi tidak pecah pada hati?

Cuba antum bayangkan... sekiranya dakwah yang diseru oleh Rasul SAW hanya berlegar tentang ayat-ayat quran dan hadith.. Baginda datang berjumpa dengan sahabat dan bercerita itu dan ini.. Apakah ianya bisa menjadi relevan? Hanya sekedar membaik dan membaik, tanpa tujuan. Para sahabat yang sibuk dengan pelbagai urusan, tiba-tiba nak didatangi dengan ayat quran yang takde apa-apa kaitan sgt dengan kehidupan mereka. Bagaimana hati ingin celik dan terkesan?

Kreativiti: Tarbiah bil Ahdath(tarbiah melalui peristiwa)

Disinilah perlunya kreativiti murobi...

Risalah Al-Quran turun dengan susunan Allah swt, mengikut peristiwa yang berlaku..
Apabila terjadi Perang, maka ayatnya menceritakan tentang perang..
Apabila terjadi perdebatan, ayatnya tentang isi perdebatan..
Apabila terjadi apa pun, tarbiah berjalan dengan memanfaatkan peristiwa tersebut.

Misalannya... bagaimana Rasulullah SAW ingin mentarbiah tentang nilai tajarud, nilai niat dan nilai ikhlas?
Ketika perisitwa Hijrah, Rasulullah SAW bercakap tentang hadith Niat.
Menyentuh langsung tentang niat orang yg hijrahnya kerana perempuan. Menyentuh langsung orang yang niat hijrahnya kerana dunia. Mereka akan mendapat apa yang mereka mahukan. Sedangkan orang yg hijrahnya kerana Allah dan Rasul, akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul, yang nilainya jauh melepasi segala yg mampu diimaginasi akal fikiran. Maka jiwa para sahabat pun bergetar, terasa dekat hadith ini. Muhasabah dan evaluasi terus menguasi fikiran mereka: "benarkah aku hijrah kerana Allah dan rasul? jika tidak, aku hanya akan bekorban isi dunia, dengan isi dunia, sedangkan aku punya peluang berjual beli isi dunia dengan akhirat yg abadi."

Ketika para sahabat sibuk dengan urusan jual beli di pasar... Rasulullah SAW pun bercerita tentang bangkai kambing dan nilai dunia. Secara terus membuat perbandingan kesibukan harian para sahabat itu umpama sibuk berebut mendapat sesuatu yang tidak ada nilai. Lantas membuka hati untuk berfikir, "berbaloikah aku mengejar dan bersibuk tentang hal-hal ini?"

Pada awal dakwah baginda, yang diceritakan adalah tentang aqidah...
ayat-ayatnya langsung 'direct' tentang kehidupan masyarakat arab ketika itu.

Budaya Jahiliah: Anak perempuan yang ditanam hidup-hidup
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9) Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10) Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11) Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12) Dan apabila Syurga didekatkan. (13) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14) (81:8-14)

Kisah Abu Lahab yang dikutuk Allah dalam Al-Quran
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5) (111:1-5)

Dan banyak lagi... Kisah Abrahah dalam Surah Al-Fil, kisah dalam surah Quraisyh, Fathul Makkah dalam An-Nasr, etc.

Semua ayat Quran dan Hadith datang mentarbiah mengikut keadaan semasa, situasi, masa, tempat.
Peringatan yang datang 'kena' pada suasana.
Amaran yang 'related' dengan kehidupan dan harian yg dilalui
Teguran yang 'direct' tentang peristiwa yang sedang berlaku

Maka Para Murobi harus juga berfikir dengan kerangka yang sama, memberikan tarbiah agar ia 'kena'  dengan kehidupan mad'u. Tepat dengan keperluan dan kehendaknya, berdasarkan keadaan dirinya. Apa yang dialaminya. Apa yang dirasainya. Peristiwa apa yang berlaku ke atasnya.

Disinilah perlunya kepekaan terhadap persekitaran dan peristiwa. Dan kebijaksanaan menyampaikan materi. Bagaimana peristiwa semasa, berita-berita yg terdapat dalam surat khabar misalannya, yang menjadi tarikan mad'u digunakan utk menyampaikan risalah. Menggunakan tragedi yang dilalui mad'u utk mendekatkan dirinya pada Allah.

Contohnya, ketika berlaku pergaduhan antara mad'u dan temannya, kita gunakan isu ini utk capai ahdaf yang ditetapkan. ketika musim baru berkenalan, baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kita gunakan peristiwa ini untuk mindset yang sesuai. Semuanya perlu dimanfaatkan utk dakwah.

Bukan sekadar menghafal materi daripada buku untuk diluahkan. Tidak, itu bukan tarbiah!

Sekiranya itu yang berlaku, maka ianya umpama bercerita tentang kaedah jual beli Islam, pada seorang yang sedang sedih meratapi kematian saudaranya. Umpama bercerita tentang kaedah pewarisan harta Islam kepada seorang yang baru menikah. Bagaimana kita ingin mereka menjiwai seruan ini, kita ingin mereka bersama dalam perubahan islah ini, sekiranya yang disampaikan pada mereka terlalu berbeza dengan masalah/kehidupan/keadaan yang mereka lalui sehari-hari?

Masalah: Tidak ada idea/peristiwa yang sesuai untuk mencapai hadaf yg dirancang

Antara qodoyah yang sering dikongsikan, ialah tiadanya peristiwa yang sesuai untuk menyampaikan hadaf tertentu. Para Murobi buntu dan menjadi kusut.

Kadangkala para murobi terlalu khusus tentang apa yang ingin dicapai. Lantas hanya menyempitkan ruang tarbiah pada sudut-sudut tertentu, tanpa melihat dan memahami keseluruhan kehidupan mutarabbi.

Mutarobi kita bukanlah robot yang perlu diprogram mengikut apa yang kita rasakan terbaik untuknya

Mereka adalah manusia yang sama seperti kita, yang telah disusun hidupnya dengan sebaik-baik oleh Allah swt. Mereka punya daya fikir, punya hati dan perasaan. Maka tarbiahlah mereka seperti seorang manusia juga

Perhatikanlah setiap perisitwa yang menimpa mutarobi kita. Pastinya peristiwa² yang berlaku dalam kehidupan seharian punya hikmah yang besar untuk kita dan mereka. Kembangkan horizon tarbiah, pandu mereka menuju Allah. Kaitkan segala yg berlaku dengan ALlah, perlahan-lahan berpindah dari satu tahapan tarbiah menuju yang seterusnya. Dari mengenal kekuasaan Allah, kepada mengaku dan merasainya, dan kemudian perlahan-lahan kepada menyedari dan seterusnya menyedarkan pula manusia lainnya.

Murobi Agung adalah Allah swt

Selalu kita terlupa, bahawa yang inginkan kebaikan kepada mutarobi kita, bukanlah diri kita sahaja. Tetapi Tuhan Yang Maha Penyayang, itu jauh lebih menginginkan kebaikan buat mutarobi kita. Peristiwa yang Allah susunkan untuk semua manusia, pastinya adalah yang terbaik untuk mendekatkan diri masing-masing kepada Allah. Pasti terkandung hikmah yang cukup sesuai dengan keperluan dan keadaan diri kita. Firman Allah:

...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)

Tidak ada peristiwa yang Allah susunkan utk kita sia-sia. Maka, mengapa para murobi ingin mensia-siakannya setelah mutarobi tadi gagal memperoleh ibroh dari susunan kehidupannya? Seharusnya, Murabbi itulah yang membelek lembaran pengajaran daripada tragedi yang berlaku, agar bisa menghidupkan jiwa mutarabbi. Takkanlah apa yang Allah susun itu tidak punya tujuan...

Kita perlu yakin dan percaya, Allah itu sendiri sudah menyusun yang terbaik buat hamba-hambaNya. Maka tugas dan kerja kita, hanyalah untuk menyambung peristiwa-peristiwa yang dirasai mad'u agar bisa membuatnya celik hati dan mahu meningkat sesungguh-sungguhnya. Jangan bazirkan peristiwa yang telah Allah susunkan, hanya dengan alasan tidak tahu mengaitkannya dengan Islam. Jangan pula sekadar mencurahkan kembali materi daripada buku, dengan harapan ianya dapat membantu hati yang keliru.

Allah bersama Kita

Kerja dakwah ini adalah kerja membawa manusia kepada Allah. Kerja yang tinggi derajat dan kemuliaan disisi Allah. Kerja para kekasih Allah. Pastilah Allah terlalu ingin membantu kita melaksanakan kerja ini. Pastilah Allah akan menghantar para malaikat yang memakai tanda, seperti yg terjadi dalam Perang Badr. Pastilah Allah akan mengirim hujan yg menenangkan untuk membantu pasukan Islam.

Maka.... Sekiranya Allah bersama kita, pastilah Dia akan menyusun hidup kita dan mutarobi kita, agar dakwah yang kita seru itu 'kena' dengan mereka. Agar peristiwa yang mereka lalui itu jelas hikmahnya. Agar kesenangan/kesusahan/ujian/malapetaka yang kita rasai itu, dekat untuk kita tadabburkan dengan sirah dan Al-Quran. Pasti, Allah akan memudahkan hati-hati yang ikhlas ini merasai kebenaran, lantas menyampaikannya dengan penuh kekuatan.

Kejelasan perkara ini akan membawa kepada kesungguhan dan ketundukan kita pada Allah. Kerana apa pun yang kita seru, yang memegang hati manusia itu Allah. sekiranya Dia ingin memberi hidayah, maka tiada siapa yang dapat mneyesatkan, tetapi sekiranya dia ingin menyesatkan, maka siapa yang berkuasa memberi petunjuk selainNya?

Jadi... Para Murobi sekalian, banyakkanlah berfikir, dan banyakkanlah berbincang, tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Semuanya adalah tarbiah buatmu, dan buat mutarabimu... Tarbiah Islam ini menghidupkan kita untuk hidup, bukan menghidupkan kita untuk menjadi buku... Kemaskanlah tarbiah, binalah para mujahid dakwah yang siap menginfaqkan seluruh hidupnya demi Allah, yang tidak langsung kenal erti alasan dan rungutan, kerana jiwa mereka sudah merasai kemanisan kehidupan yang tidak ada tandingan...

Percayalah pada Allah, Dia pasti akan memberi pertolongan yang di luar jangkaanmu.. Pertolongan yang akan hanya meyakinkan lagi dirimu untuk beriltizam dengan ad-deen ini.. Dan yakinlah, dengan usaha yang berterusan, pergantungan yang tinggi pada Allah, mujahadah yang ikhlas, adalah formula pentarbiahan yang pekat. InshaAllah, kita akan berjaya menghasilkan generasi yang tajarud dan all-out seperti zaman terdahulu.

Wallahua'lam

Wassalam